Ringkasan
Apakah itu Forex?
Pertukaran asing (Forex atau FX) ialah pertukaran mata wang merentasi negara dan, dengan sendirinya, pasaran kewangan terbesar dan paling cair di dunia. Dengan anggaran $4 trilion dalam mata wang yang didagangkan dalam satu hari, ia mengatasi dagangan bagi jenis komoditi yang lain. Tidak seperti dagangan komoditi lain, Forex tidak mempunyai pertukaran berpusat dan didagangkan terutamanya melalui bank, broker, pedagang, institusi kewangan dan individu persendirian.
Disebabkan oleh keupayaan institusi kewangan untuk berdagang Forex, pasaran Forex dibuka 24 jam, 5 hari seminggu (ia ditutup pagi Sabtu). Sebelum penghujung era 1990-an, perdagangan Forex hanyalah menjadi suatu kebiasaan buat pedagang institusi dan walaupun pedagang runcit mempunyai akses untuk berdagang pasaran Forex, hanya baru-baru ini sahaja ia menjadi kebiasaan dan popular di kalangan individu untuk berdagang Forex dalam usaha bagi menjana keuntungan.
Kebanyakan mata wang dunia terapung secara bebas; bermakna ia mengekalkan nilai individunya dan akan meningkat dan menyusut nilai berbanding mata wang lain. Mata wang sentiasa disenaraikan secara berpasangan kerana ia memerlukan mata wang lain untuk dijadikan penanda aras.
Mengapakah anda perlu berdagang melalui Forex?
Berdagang Forex mempunyai banyak tujuan. Terdapat banyak tahap yang didagangkan yang memberi kesan kepada anda sama ada anda sedar ataupun sebaliknya. Untuk setiap pembelian yang anda lakukan, kandungan, ramuan, produk sampingan, bahagian atau bahan-bahan berkemungkinan tidak semestinya didapati daripada sumber domestik. Banyak elemen yang mungkin dibeli melalui pasaran antarabangsa, dan oleh itu, pertukaran mata wang asing tidak dapat dielakkan.
Dari perspektif kewangan, sesetengah orang mungkin berdagang pasaran Forex untuk tujuan menjana keuntungan. Dengan mengambil pasangan mata wang secara bersilang, mereka mungkin menukar mata wang kepada sebutan asing dengan harapan nilai mata wang domestik menyusut, jadi apabila anda menukarnya semula anda akan menerima lebih daripada nilai permulaan.
Bagi pengimport atau pengeksport barangan dan perkhidmatan antarabangsa, terdapat peluang besar yang tersedia melalui akses kepada pasaran antarabangsa. Walau bagaimanapun, dengan turun naik kadar mata wang antarabangsa, pembayaran kadangkala menjadi sukar. Pada permulaannya, syarikat membuat jualan pada harga yang dipersetujui, namun pada hari pembayaran, nilai yang dipersetujui adalah jauh lebih rendah berbanding yang dipersetujui di mana ia disebabkan oleh turun naik mata wang yang dikenali sebagai "risiko pertukaran mata wang asing".
Anda akan menjumpai semua jenis perniagaan, daripada institusi kewangan yang besar kepada penghantar barangan runcit secara kecil-kecilan yang akan mengamalkan kaedah lindung nilai tukaran mata wang asing. Secara ringkasnya, syarikat-syarikat ini akan melaksanakan langkah bagi memastikan nilai pembayaran yang dipersetujui mereka akan mewakili nilai yang sama pada hari pembayaran, tanpa mengira turun naik nilai mata wang.
8 mata wang utama
Di peringkat antarabangsa, terdapat 8 mata wang yang didagangkan lebih banyak berbanding mata wang lain. Ini sering dirujuk sebagai "Majors". Mata wang tersebut adalah seperti berikut:
- USD — Dolar Amerika Syarikat
- JPY — Yen Jepun
- GBP — British Pound
- CAD — Dolar Kanada
- EUR — Euro
- CHF — Dolar Switzerland
- AUD — Dolar Australia
- NZD — Dolar New Zealand
Waktu dagangan
Sebahagian kawasan tertentu di dunia telah memasuki hari Sabtu untuk berdagang, manakala sebahagian kawasan pula masih berada pada hari Jumaat di pasaran lain.
Institusi kewangan di negara tersebut mungkin berurusan dengan pasaran Forex pada waktu bekerja mereka, pasaran Forex dibuka dan berdagang 24 jam, 5 hari seminggu. Bagi sesiapa yang tinggal di Pantai Timur Australia, waktu pasaran untuk pasaran yang sepadan adalah digariskan seperti di bawah:
- Sydney sesi bermula pada 7:00am and ends around 4:00pm
- Tokyo sesi bermula pada 9:00am and ends around 6:00pm
- London sesi bermula pada 5:00pm and ends around 2:00pm
- New York sesi bermula pada 10:00pm and ends around 7:00pm
Bagaimanakah perdagangan Forex berfungsi?
Pedagang individu (runcit) akan cuba untuk berdagang pasangan mata wang dengan menahan mata wang yang meningkat nilai dan menukar pegangan mereka kepada mata wang lain untuk mengelakkan susut nilai. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini terdapat produk kewangan yang dibangunkan untuk menjana keuntungan dalam kedua-dua pasaran yang meningkat dan menurun.
Produk kewangan berstruktur ini dikenali sebagai kontrak dan melalui broker anda, ia boleh diakses untuk membolehkan anda berdagang. Melalui broker anda, anda akan mempunyai akses kepada BELI atau JUAL kontrak tersebut untuk menjana keuntungan. Anda tidak akan membeli atau menjual kontrak ini secara fizikal, anda hanya melakukan pesanan untuk memproses.
Posisi yang diambil untuk menjana keuntungan daripada mata wang yang sedang meningkat nilai ialah pesanan BELI. Posisi yang diambil untuk menjana keuntungan daripada mata wang yang menyusut nilai ialah pesanan JUAL.
Asas Forex
Apakah itu pasangan mata wang?
Mata wang sentiasa diukur terhadap mata wang lain dan ia dirujuk sebagai pasangan mata wang. Pasangan mata wang biasanya diasingkan kepada kumpulan. Kumpulan ini dikenali sebagai Majors, Minors dan Exotics. Pasangan mata wang Majors ialah pasangan mata wang yang didagangkan paling popular, yang meliputi EUR/USD, USD/JPY, GBP/USD dan AUD/USD.
Hampir semua mata wang adalah terapung secara bebas, bermakna mata wang tersebut tidak mempunyai set harga tetap kepada mata wang lain dan boleh naik dan susut nilai secara bebas.
Apakah itu pip?
Pip ialah ukuran kecil bagi perubahan dalam mata wang dasar. Secara amnya, ia adalah titik perpuluhan keempat (0.0001) bagi harga mata wang, kecuali dengan Yen Jepun, di mana mereka tidak mempunyai denominasi untuk sen dalam mata wang mereka (dalam Yen Jepun, pip ialah titik perpuluhan kedua).
Titik perpuluhan keempat (titik perpuluhan kedua untuk Yen Jepun) ditandakan merah untuk menunjukkan titik perpuluhan yang dirujuk oleh pip. Jika harga 0.70074 bergerak ke 0.70084 maka terdapat pergerakan 1 pip. Begitu juga, jika harga 113.215 bergerak ke 113.225, terdapat pergerakan 1 pip.
Pip ialah ukuran rujukan yang baik kepada berapa banyak jumlah yang boleh diperolehi oleh pedagang berdasarkan kepada jumlah dagangan mereka. Sebagai contoh, jika pedagang membeli 1 lot standard (100,000) AUD/USD, nilai setiap pergerakan pip ialah 10 USD. Jika terdapat pergerakan 10 pips, ia akan menjadi untung/rugi sebanyak 100 USD.
Selalunya, anotasi yang digunakan untuk mengukur sejauh mana prestasi pedagang adalah untuk menyebut berapa banyak "pip" yang mereka perolehi dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Apakah itu tawaran pembelian, tawaran jualan dan jurang perbezaan?
Dengan sebut harga mata wang, anda boleh JUAL atau BELI dan sentiasa terdapat perbezaan harga bagi pembelian dan penjualan. Harga JUAL dan BELI diwakili oleh Bid dan Ask masing-masing.
Jika anda BELI, anda membeli pada harga ASK. Jika anda JUAL, anda menjual pada harga BID. Sebagai peraturan, perlu diingatkan bahawa anda sentiasa MEMBELI dengan harga yang lebih tinggi. Terpapar di bawah merupakan senarai pasangan mata wang yang semuanya menunjukkan harga Bid dan Ask masing-masing.
Peringatan, jika anda membuka posisi BELI dan anda ingin menutupnya, anda pada dasarnya MENJUALnya kembali, oleh itu harga yang anda akan tutup posisinya adalah harga BID dan juga sebaliknya.
Spread ialah perbezaan antara BID dan ASK. Ia menunjukkan perbezaan harga antara membeli dan menjual. Jika anda melihat imej di atas dan merujuk kepada AUD/USD, anda akan melihat BID sebagai 0.69923 dan ASK sebagai 0.69940.
Ini adalah spread 1.7 pip. 0.69940 - 0.69923 = 0.00017 = 1.7 pip.
Dalam platform MetaTrader 4 (MT4), spread diwakili dalam bentuk mata (1 pip = 10 mata), itulah sebabnya mengapa spread adalah 17 dalam imej yang ditunjukkan di atas.
Apakah itu leveraj?
Leveraj ialah jumlah yang anda pinjam berdasarkan deposit dalam akaun anda. Leveraj lalai ditetapkan pada 1:100, bermakna untuk setiap 1 USD yang anda miliki dalam akaun anda, anda mempunyai kuasa membeli sebanyak 100 USD. Jika anda mempunyai 1,000 USD dalam akaun anda, anda mempunyai kuasa membeli sebanyak 100,000 USD.
Suatu perkara yang perlu diingati ialah 1 kontrak standard ialah 100,000 daripada mata wang asas. Jika anda ingin berdagang kontrak penuh dan anda mempunyai leveraj 1:500, maka anda boleh membuka posisi ini dengan hanya 200 USD di dalam akaun anda (200 USD x 500 = 100,000 USD). Leveraj yang tinggi boleh membantu anda mengambil posisi yang lebih besar berdasarkan modal yang lebih kecil di dalam akaun anda, tetapi ianya bukan tanpa risiko. Posisi yang lebih besar menghasilkan pergerakan dolar yang lebih besar setiap pip dan, oleh itu, boleh melenyapkan jumlah modal yang lebih kecil dalam tempoh masa yang singkat.
Senario kes
Anda kini telah mempelajari asas-asas berkaitan perdagangan Forex. Maka, secara ringkasnya, jika anda memilih pasangan mata wang, katakan sebagai contoh AUD/USD dan melaksanakan pesanan BELI 2 kontrak standard (2 lot) pada harga 0.84693.
Anda memerlukan sekurang-kurangnya 2,000 USD di dalam akaun anda dengan leverage 1:100.
Pada saiz kontrak bagi 2 kontrak standard, anda akan menjana 20 USD bagi setiap pergerakan pip. Posisi BELI menandakan bahawa jika harga AUD/USD meningkat, maka anda akan menjana keuntungan.
Katakan jika AUD/USD meningkat kepada 0.84973, anda telah memperoleh 28 pip, iaitu keuntungan sebanyak 28 pip x 20 USD = 560 USD, yang bersamaan dengan 659 AUD.
Langkah pertama anda
Akaun demo amat berguna untuk mereka yang baru bermula. Anda boleh mendaftar dan sentiasa berlatih dengan akaun demo, tanpa mempertaruhkan wang sebenar anda.
Kali pertama log masuk ke platform MetaTrader 4 boleh menyebabkan anda terasa bingung. Walau bagaimanapun, luangkan masa untuk melihat data yang tersedia. Tetingkap Pemantauan Pasaran menunjukkan harga semasa untuk pasangan mata wang yang tersedia dan carta memberikan anda perwakilan harga berdasarkan garis masa.
Sekarang fokus pada satu pasangan mata wang tertentu. Buat pilihan, secara rawak tidak mengapa. Katakan sebagai contoh, anda telah memilih pasangan AUD/USD (Rujuk 1 dalam imej di atas). Buka pesanan dan anda akan diberikan pilihan untuk "JUAL" atau "BELI" (Rujuk 2 pada gambar di atas). Kami ingin membuat perdagangan secara rawak sekarang, jadi laksanakan pesanan dengan mengklik pada butang "JUAL" atau "BELI".
Anda kini telah memasukkan dagangan pertama anda pada platform MetaTrader 4. (Rujuk 3 dalam gambar di atas)
Anda kini akan melihat bahawa anda telah melakukan dagangan. Luangkan sedikit masa untuk melihat bagaimana ianya berlangsung.
Selepas ia terhenti, anda akan melihat keputusan dagangan anda kini sama ada ianya untung atau rugi. (Rujuk 4 dalam gambar di atas)
Tidak kiralah apa jua posisi dagangan secara rawak ini, anda kini telah mengetahui bagaimana anda boleh menjana wang dan, juga berpotensi, bagaimana untuk kehilangannya. Jangan risau sekiranya dagangan anda mengalami kerugian, ini adalah perdagangan secara rawak dan ia cumalah latihan untuk melakukan dagangan. Memilih arah perdagangan yang betul akan dibincangkan kemudian dalam kaedah membangunkan strategi.
Setelah menjalankan latihan ini, dengan erti katanya, anda telah menyelesaikan langkah pertama ke arah mempelajari cara untuk berdagang. Anda boleh menutup dagangan ini jika anda mahu, atau anda boleh terus membuka dan menontonnya.
Carta Forex
Jika anda tidak mampu untuk membaca carta, maka anda tidak akan memahami mana-mana data, yang digunakan untuk menghasilkan strategi anda.
Carta boleh dibahagikan ke dalam tiga kategori berbeza:
- Carta garisan
- Carta bar
- Carta lilin
Carta garisan
Carta yang paling mudah dibaca ialah Carta Garisan. Ia hanya menunjukkan graf garis masa berbanding harga.
Carta bar
Carta seterusnya untuk difahami ialah Carta Bar. Carta Bar bukan sahaja menunjukkan harga, tetapi juga menunjukkan harga kemasukan setiap tempoh, harga keluar pada akhir bagi tempoh tersebut serta tinggi dan rendah bagi tempoh tersebut. Setiap garis mendatar mewakili satu tempoh masa. Tempoh yang dipilih oleh anda mewakili 1 minit, 5 minit, 15 minit, 30 minit, 1 jam, 4 jam, sehari, seminggu atau sebulan.
Mari kita lihat dengan lebih dekat pada salah satu bar ini. Setiap hujung pada carta bar ini mewakili harga seperti yang ditunjukkan. Jadi Buka ialah harga pembukaan, Tutup ialah harga penutup, Tinggi ialah harga tertinggi dan Rendah ialah harga terendah dalam tempoh masa tersebut.
Carta lilin
Carta lilin adalah serupa dengan carta bar tetapi dengan maklumat tambahan bagi setiap bar berwarna merah (harga turun) atau hijau (harga naik). Ini dilakukan bagi membolehkan pedagang melihat dengan mudah bar tempoh telah bergerak ke arah positif atau negatif berbanding harga kemasukannya.
Mari kita lihat lebih dekat pada salah satu batang lilin ini. Setiap hujung pada carta bar mewakili harga seperti yang ditunjukkan. Jadi Buka ialah harga pembukaan, Tutup ialah harga penutup, Tinggi ialah harga tertinggi dan Rendah ialah harga terendah dalam tempoh masa tersebut.
Masih keliru? Jangan risau, teruskan membaca dan kami akan menunjukkan kepada anda bagaimana cara untuk mentafsirnya dalam bahagian seterusnya.
Mentafsirkan Carta
Bagaimana untuk membaca carta?
Kini, setelah anda mengetahui rupa bentuk carta garisan, carta bar dan carta lilin, bagaimanakah caranya untuk anda mentafsirnya?
Pertama, anda perlu memahami bahawa setiap bar atau batang lilin ini mewakili satu rangka masa. Bergantung pada pilihan anda, rangka masa boleh menjadi satu minit, tiga puluh minit, satu jam, satu hari atau bahkan satu bulan. Sila lihat contoh berikut untuk melihat setiap bar mewakili satu jam .
Paksi-x mewakili selang masa dan paksi-y mewakili harga pasangan mata wang. Jadi, setiap jam diwakili oleh satu batang lilin. Dalam setiap jam, harga berubah-ubah, naik dan turun untuk membentuk batang lilin dengan harga Tinggi, Rendah, Buka dan Tutup.
Setiap batang lilin boleh diwakili dalam semua saiz dan panjang.
- Batang lilin yang lebih panjang menunjukkan bahawa terdapat jurang perbezaan yang besar di antara tinggi dan rendah.
- Batang lilin pendek menunjukkan bahawa tidak banyak pergerakan dalam pasaran.
- Sebagai contoh, terdapat lebih banyak pergerakan pada jam 2 pagi berbanding jam 3 pagi
Apakah itu bayang-bayang?
Apabila mengakses jenis bar atau batang lilin, "bayang-bayang" merupakan istilah yang diberikan untuk bahagian bar atau batang lilin yang telah mencapai tahap tinggi atau rendah, tetapi belum menamatkan tempoh pada tahap tinggi atau rendah. Anda akan dapat melihat bayang-bayang bagi setiap bar atau batang lilin di mana terdapat tinggi atau rendah untuk tempoh tersebut. Dalam imej di bawah, bayang-bayang ditandakan dengan bulatan berwarna ungu.
Apa itu sokongan?
Dengan adanya bayang-bayang, ia memberikan petunjuk bahawa pasaran pada tempoh masa tersebut mungkin telah mencapai tahap tinggi, tetapi pasaran berundur dan ditutup pada titik yang lebih rendah. Ini mungkin menunjukkan bahawa apabila aset pendasar (pasangan mata wang) telah mencapai tahap tertentu di mana terdapat rintangan daripada peserta di pasaran lain dalam menawarkan harga yang lebih tinggi daripada yang ditunjukkan.
Pada sisi yang lain, boleh dikatakan bahawa terdapat sokongan dalam menolak harga ke arah yang lain jika anda melihat beberapa bayang-bayang dalam satu arah, contohnya. beberapa bar berturut-turut atau batang lilin dengan bayang-bayang dalam satu arah.
Sokongan merujuk kepada harga (diilustrasikan sebagai garis lurus seperti di atas) yang cenderung bertindak sebagai lantai dengan menghalang harga pasangan mata wang daripada ditolak lebih rendah daripada harga sokongan.
Apakah itu rintangan?
Dalam imej berikut, anda akan melihat bahawa bar telah mencapai ketinggian tertentu, tetapi seolah-olah mengalami kesukaran untuk melepasi tanda siling.
Garis mendatar menunjukkan bahawa terdapat tahap khayalan di mana peserta pasaran merasakan bahawa mereka tidak sepatutnya menolak mata wang. Berlawanan dengan sokongan, ini dikenali sebagai rintangan. Kedua-dua sokongan dan rintangan perlu dianalisis dan dilukis oleh pedagang sendiri.
Apakah garis trend?
Garis trend ialah garisan yang biasanya dilukis pada carta untuk menentukan arah pergerakan pasaran. Seseorang yang duduk di hadapan carta secara fizikalnya akan melukis garisan dari satu titik ke titik yang lain untuk menentukan arah umum pergerakan pasaran.
Dua titik "x", yang diikuti oleh garis, ialah titik rendah bagi dua tempoh masa dalam jangka masa yang berbeza. Kedua-dua titik adalah 36 rangka masa yang berbeza (jurang antara tempoh boleh menjadi sebarang nombor dan tidak semestinya 36 rangka masa), garis trend dilukis daripada dua titik rendah pada "x". Garis tersebut merupakan trend menaik yang sangat jelas. Garis trend adalah berguna dengan strategi trending.
Garis trend berguna untuk membantu menentukan arah pasaran semasa. Untuk mendapatkan trend sokongan atau rintangan yang disahkan, anda memerlukan dua titik untuk menjadikannya satu garis.
Apakah itu garis saluran?
Garis channel dilukis untuk menunjukkan arah umum dengan turut mengambil kira sebarang "bayang-bayang" bar yang mengandungi sokongan dan rintangan.
Lukisan channel dengan jelas menunjukkan channels di mana perdagangan sentiasa berlaku di antara mereka. Ini amat berguna apabila menggunakan "strategi ranging" dan juga untuk menilai peluang untuk "strategi break out" yang akan kita akan bincangkan dalam bahagian yang seterusnya.
Strategi Forex
Setelah membuat beberapa dagangan secara rawak, anda akan mempelajari bahawa apabila anda membuat pesanan untuk membeli atau menjual, anda berpotensi menjana atau kehilangan wang. Teorinya agak mudah, pilih arah yang betul dan anda akan menjana wang. Persoalan penting ialah "bagaimana untuk saya memilih arah yang betul?”
Secara jujurnya, jika terdapat cara untuk mengetahui dengan tepat bila untuk membeli dan menjual, sudah tentu semua orang akan menjadi kaya. Ringkasnya, tidak ada cara yang pasti untuk sentiasa memilih arah pergerakan pasaran yang betul. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa strategi yang telah dicuba dan diuji yang boleh anda jadikan sebagai asas bagi membuat keputusan yang boleh meningkatkan peluang anda bagi menghasilkan perdagangan yang menguntungkan.
Strategi merupakan tindakan yang sistematik dan terancang berdasarkan kepada maklumat sedia ada yang anda ketahui tentang pasaran. Terdapat banyak strategi untuk perdagangan Forex. Banyak yang tersedia untuk boleh dipelajari secara percuma dengan hanya melakukan carian di Internet. Terdapat juga buku yang tersedia dan individu yang akan mengajar strategi tersebut dengan bayaran. Di serata dunia, pedagang profesional dan rekreasi sama-sama akan sentiasa berpegang kepada sekurang-kurangnya satu strategi dagangan dan akan mengaitkan kejayaan mereka dalam perdagangan dengan mengikuti satu atau banyak strategi dagangan tersebut. Bahagian berikutnya akan menyentuh tentang beberapa strategi popular yang digunakan oleh ramai pedagang.
Strategi Trend
Strategi trend adalah dengan mengikuti pasaran ke arah yang jelas diikuti dalam tempoh masa yang panjang. Pasangan mata wang biasanya mengikuti trend "menaik" (naik) atau "menurun" (turun).
Dengan mengikuti arah aliran pasangan mata wang tertentu, anda bergantung kepada fakta bahawa mata wang akan meneruskan arah sedia ada dan anda menjana keuntungan dengan mengikuti arah pasaran. Strategi ini adalah kaedah strategi yang paling popular untuk perdagangan mata wang.
Trend boleh menjadi jangka panjang atau pendek, bermakna terdapat trend jangka pendek dan trend jangka panjang. Contohnya ialah dalam tempoh 6 bulan, terdapat aliran menaik untuk AUD/USD, namun, di antara tempoh 6 bulan ini terdapat 2 tempoh pendek di mana ia mengambil arah aliran menurun. Berikut ialah contoh dalam bentuk grafik.
Sekiranya anda menahan posisi beli daripada permulaan bagi 6 bulan sehingga ke penghujungnya, anda akan menjana keuntungan yang tinggi. Berhati-hati apabila anda mencari trend anda. Kadangkala apabila anda melihat carta dan ia menunjukkan arah aliran yang sangat jelas, jika anda mengembangkan carta anda untuk memasukkan lebih banyak data, ia boleh menunjukkan yang sebaliknya kepada anda. Oleh itu, jika anda mencari trend, pastikan anda melihat rangka masa bagi semua carta.
Strategi Ranging
Strategi Ranging berlaku apabila mata wang berdagang antara had atas dan bawah yang telah ditetapkan dan kelihatan sentiasa melantun naik dan turun antara had tinggi dan rendah. Pedagang mengambil peluang untuk menjual apabila ia berada pada had atas dan membeli apabila ia berada pada had bawah.
Dalam imej di bawah, anda akan melihat trend sideway. Ini menandakan peluang untuk mereka yang mengikuti strategi ranging.
Strategi Ranging
Strategi Breakout ialah breakout bagi trend sideway. Biasanya, momentum terbesar adalah pada titik breakout. Ramai pedagang mengambil kesempatan daripada strategi breakout apabila harga bergerak sideway melepasi had atas atau bawah.
Contoh di bawah mewakili beberapa breakout selepas beberapa tempoh bagi trend sideway.
Strategi dagangan siaran berita
Pedagang berita berdagang berdasarkan siaran berita ekonomi. Pasaran Forex adalah sangat reaktif terhadap berita ekonomi, khususnya, berita kadar faedah dari negara G8, serta berita pengangguran bagi setiap negara yang terlibat.
Pedagang berita perlu sentiasa berwaspada bahawa pergerakan pasaran Forex telah pun mengambil kira tentang berita ekonomi sedia ada dan jangkaannya. Pergerakan drastik yang anda lihat disebabkan oleh berita ekonomi ialah pembetulan disebabkan oleh berita yang tidak dijangka, sama ada lebih baik atau lebih buruk daripada jangkaan.
Satu lagi pertimbangan yang perlu diambil kira untuk bakal pedagang berita ialah semasa laporan berita dengan sentimen negatif, pergerakan mata wang secara amnya mengutamakan hasil yang lebih rendah dan mata wang 'lebih selamat'; USD dan JPY secara khususnya.
Pemahaman ekonomi yang baik secara amnya adalah disyorkan untuk pedagang yang ingin memulakan perdagangan berdasarkan siaran berita.
Kalendar berita ekonomi adalah sangat disyorkan. Kalendar Ekonomi Forex menunjukkan tarikh siaran untuk berita ekonomi penting seperti "penggajian selain industri pertanian", angka KDNK dan berita kadar faedah.
Di bawah ialah contoh maklumat yang ditunjukkan oleh kalendar ekonomi.
Kalendar Forex akan menunjukkan data yang diramalkan dan apakah data tersebut sebelum ini. Jika pada siaran berita, data sebenar yang dikeluarkan adalah lebih buruk berbanding yang dijangkakan, anda boleh menjangkakan bahawa mata wang asas negara itu bertindak balas secara negatif.
Pengurusan Risiko
Berdagang dalam pasaran Forex boleh menjana keuntungan, walau bagaimanapun, ia juga boleh mengakibatkan kerugian besar jika tanpa pengurusan yang betul ke atas modal anda. Secara amnya dengan setiap dagangan, stop loss perlu ditetapkan bagi memastikan dagangan yang bertentangan dengan anda tidak menyebabkan kehilangan sepenuhnya bagi modal yang dilaburkan.
Stop loss ialah sasaran pra-tetap di mana dagangan anda akan ditutup. Menetapkan stop loss yang betul adalah penting bagi memastikan kerugian anda dapat diminimumkan. Bagi peniaga yang tidak mahu duduk di hadapan komputer mereka setiap minit untuk memantau posisi mereka, stop loss adalah pilihan terbaik buat anda.
Menetapkan jumlah kerugian yang sanggup anda tanggung bagi setiap dagangan adalah subjektif. Secara amnya, tahap risiko ditetapkan antara 1% dan 5% daripada jumlah baki akaun dagangan anda. Ini bermakna pada tahap risiko 5%, anda boleh meletakkan 20 dagangan yang rugi sebelum anda kehilangan semua dana anda. Jika anda mendapati bahawa anda sering mengalami kerugian, anda mungkin perlu menyemak semula strategi anda.
Sebagai contohnya, anda mendepositkan jumlah awal sebanyak 1,000 USD. Untuk mempertaruhkan 2% bagi setiap dagangan adalah dengan menetapkan stop loss yang akan menutup perdagangan untuk anda sekiranya satu dagangan mengalami kerugian 20 USD (1,000 USD x 2% = 20 USD).
Pastikan anda menguruskan risiko anda, kerana ini adalah salah satu aspek penting dalam menentukan kejayaan perdagangan untuk jangka panjang.
Psikologi Perdagangan
Menguruskan emosi anda
Biasanya, musuh utama anda semasa berdagang bukanlah pasaran tetapi diri anda sendiri. Apabila berdagang, sifat tamak dan takut selalunya mengehadkan potensi pulangan daripada perdagangan yang menguntungkan dan pada sisi spektrum yang sebaliknya boleh mengakibatkan kerugian yang lebih besar daripada yang sepatutnya atau menukar dagangan yang berpotensi mengaut keuntungan kepada dagangan yang merugikan.
Semua peniaga (sama ada yang berjaya atau tidak berjaya) mengakui bahawa bertahan terlalu lama bagi dagangan yang merugikan tanpa sebarang sebab selain "harapan" bahawa ianya akan menjadi positif semula. Ini juga dikenali sebagai sifat terlalu tamak.
Sebaliknya, sifat takut untuk mengaut keuntungan terlalu awal atau menutup pada saat berlakunya kerugian kecil sedangkan ia berpotensi menguntungkan juga merupakan satu lagi tindak balas emosi yang perlu diperbetulkan. Pedagang yang baik secara tegas mengikuti pelan perdagangan lengkap yang menggabungkan pengurusan wang dan risiko, peraturan kemasukan, keluar dan tidak membiarkan emosi mempengaruhi perdagangan mereka.
Daripada Demo ke akaun Langsung
Peralihan daripada akaun demo kepada akaun dagangan langsung merupakan soalan yang sering diajukan oleh ramai pedagang baharu. Yang paling penting sebenarnya ialah anda mempunyai pengurusan risiko dan strategi perdagangan yang anda rasa selesa.
Sehebat mana pun akaun demo dan "wang maya" untuk tujuan pembelajaran, seringkali berlaku di mana tiada perasaan emosi sebenar yang dirasai apabila berlaku kerugian dagangan pada akaun demo. Anda tidak sebenar-benarnya melatih deria yang tajam untuk menghentikan dagangan yang mengalami kerugian. Sudah menjadi kebiasaan di mana pengguna demo yang mengalami kerugian baki akaun mereka tetapi tetap terus mendepositkan sejumlah besar dana.
Sebaik sahaja anda merasakan diri anda mempunyai pemahaman strategi yang mencukupi, mampu mengawal kebimbangan emosi anda untuk berdagang, anda sudah dianggap bersedia untuk memulakan dagangan langsung anda dengan menggunakan dana sebenar.