Melabur dengan selamat dan berkembang dengan yakin, bersama-sama.
No Dealing Desk melalui pelaksanaan STP
Kami adalah broker No Dealing Desk (NDD). Harga yang kami tawarkan adalah diagregatkan daripada beberapa pembekal kecairan bebas. Pembekal kecairan TriumphFX merupakan bank dan institusi kewangan terkemuka yang terkenal di serata dunia. Sebilangan besar daripada penyedia kecairan memastikan bahawa harga yang anda lihat pada platform kami mencerminkan pasaran yang lebih luas dan anda menerima harga tawaran pembelian dan tawaran jualan terbaik yang tersedia kerana setiap suapan harga adalah bersaing antara satu sama lain. Pesanan anda akan diisikan secara automatik berdasarkan kepada suapan harga NDD pada harga tawaran pembelian dan harga tawaran jualan terbaik yang tersedia daripada semua pembekal kecairan kami.
Apabila anda melaksanakan pesanan, ia akan terus kepada satu atau lebih pembekal kecairan kami melalui teknologi Straight-Through Processing (STP). STP ialah proses komunikasi yang cekap antara kami dan pembekal kecairan kami, yang memastikan kesan yang minimum pada kelajuan atau harga bagi pelaksanaan.
Secara progresif, bersama-sama.
Berada dalam pasaran kewangan, di mana segalanya bergerak pantas, keputusan demi keputusan sentiasa dibuat. Pendekatan kami adalah untuk bersikap rasional, dengan membuat keputusan yang akan menggerakkan syarikat ke hadapan dengan teguh. Kami mensasarkan untuk terus berdaya maju menuju ke masa hadapan, bersama dengan anda, pelanggan kami - bersama-sama berkembang dengan penuh keyakinan.